Kes perebutan hak penjagaan Low Bi-Anne, 13, yang berlangsung selama empat tahun berakhir hari ini selepas Mahkamah Keluarga Kuala Lumpur memberikan hak penjagaan penuh dan kekal kepada bapanya.
Hakim Datin Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu selepas satu jam menemubual Bi-Anne di kamar beliau.
Kemelut berhubung hak penjagaan tercetus di antara pasangan Low Swee Siong, 41, dan Tan Siew Siew, 38, bermula apabila Bi-Anne enggan mengikut ibunya yang menguruskan restoran di London, England menetap di sana.
Pasangan itu berkahwin pada 1999 dan bercerai pada 2006 dengan hak penjagaan terhadap Bi-Anne diberikan kepada bapanya.
Dua tahun kemudian, Siew Siew memohon hak penjagaan dan dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi manakala Swee Siong diberikan hak untuk melawat anak mereka.
Bagaimanapun perintah itu tidak dapat dilaksanakan ekoran keengganan Bi-Anne mengikut ibunya ke London atas alasan dia ingin terus tinggal di sini bersama-sama bapanya.
.
1 Penyokong CHELSEA:
untomlass :D
Post a Comment