Hujan lebat yang turun di daerah kecil Tangse, dalam daerah Pidie, Aceh petang Sabtu mengakibatkan beberapa kawasan penempatan dilanda banjir kilat, hingga menyebabkan seorang penduduk dilapor hilang dan 18 rumah dihanyut arus air.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam satu kenyataan, berkata penduduk yang hilang dikenalpasti sebagai Tengku Idris, 55, manakala kampung yang terkena banjir kilat itu ialah Desa Kebun Nilam, Desa Blang Maloe dan Desa Pulo Mesjid.
Data yang dikeluarkan BNPB menyebut buah rumah hilang di Desa Kebun Nilam manakala di Desa Blang Maloe, empat rumah hilang dan sebuah rumah rosak teruk.
BNPB peringkat daerah dan provinsi serta semua agensi bantuan yang berkaitan
telah berada di kawasan bencana sejak semalam untuk menangani kejadian itu serta
memindahkan mangsa ke kawasan selamat.
Banjir kilat itu turut mengakibatkan jambatan Kuala Panteue terputus dan
menyebabkan perhubungan lalu lintas terganggu. Pihak berkuasa belum menaksirkan kerugian yang dialami dalam kejadian itu.
Ia adalah kali kedua banjir kilat melanda kawasan itu sejak bulan Mac tahun
lepas di mana 24 penduduk dilaporkan mati manakala 102 rumah hancur atau rosak.
Kejadian pada 10 Mac tahun lalu itu dipercayai berlaku kerana kegiatan
pembalakan liar di kawasan Hutan Tangse, dan curahan hujan selama empat hari
sebelumnya.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment