Seorang pemandu bas, Idris Mohd. Jadi, 30 berdepan dugaan hidup apabila seorang lagi anaknya mengalami komplikasi pada bahagian jantung serta mempunyai saluran pernafasan yang tertutup.
Sebelum ini, dia kehilangan anak pertamanya pada Januari tahun lalu, Robbul Izati yang dilahirkan dengan komplikasi paru-paru.
Bayi yang baru berusia 10 hari itu, Nurzahra Damia terpaksa bernafas melalui tiub dan kini ditahan di wad Hospital Sungai Buloh.
Idris berkata, pembedahan jantung anaknya akan dilakukan pada pertengahan Mac dan telah menerima bantuan subsidi berjumlah RM24,000 daripada Institut Jantung Negara.
"Kos pembedahan adalah sebanyak RM25,000 namun apa yang membimbangkan kami sekeluarga apabila selepas pembedahan itu nanti, akan ada rawatan susulan yang menelan belanja yang besar.
"Saya bergantung hidup dengan pendapatan yang tidak menentu kerana gaji dibayar mengikut hari bekerja. Jika saya tidak bekerja sehari maka tiada pendapatan untuk hari tersebut," katanya ketika ditemui rumahnya di sini, hari ini.
Sementara itu, isterinya, Zuraidah Abdul Rahman, 25, berkata, dia mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi menderma untuk membolehkan bayinya menjalani hidup dengan selesa.
"Oleh itu, saya meminta orang ramai supaya membantu anak saya mendapatkan rawatan dengan sempurna serta menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada pasangan tersebut boleh menyalurkan ke akaun Maybank, 162012795648 atau akaun CIMB, 12330094238526 milik Idris.
.
1 Penyokong CHELSEA:
kesiannya baby tu.. insyaAllah, ada rezeki bolehlah membantu juga sikit2 tu..
Post a Comment