Thursday, February 16, 2012

Ditemui mati di ladang sawit


Hasrat seorang peneroka, Felda Kota Gelanggi Dua di sini untuk memberi makanan kepada beruang betina tidak kesampaian apabila haiwan liar itu ditemui mati di kawasan ladang tersebut semalam.
Peneroka tersebut, Baba Madon, 65, berkata, dia menemui beruang itu kira-kira pukul 5 petang semalam dan sedih kerana haiwan itu mati dipercayai akibat kelaparan kerana sukar mencari makanan di ladang sawit itu.

"Saya menyediakan setandan pisang untuk diletakkan di tepi ladang memandangkan haiwan betina ini seolah-olah lapar dan tidak mampu bergerak pantas.

"Walaupun haiwan itu boleh mengancam manusia, tetapi naluri saya terpanggil untuk membawa makanan terhadap beruang tersebut kerana kasihan melihat fizikalnya seolah-olah sarat bunting," katanya kepada pemberita di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini hari ini.

Menurutnya, beruang itu pertama kali dikesan beberapa hari lalu dan dipercayai pernah terjatuh ke dalam parit dipenuhi air.

Rakannya, Shaharuddin Hamsuddin, 40, berkata, ketika masuk ke ladang sawit petang semalam mereka terbau bangkai binatang, tetapi tidak menyangka ia adalah beruang berkenaan.

"Setelah menghampiri bangkai haiwan yang terbaring dan dihurungi lalat, nyata ia beruang betina yang kami temui kelmarin,'' katanya.

Isnin lalu, akhbar menyiarkan kebimbangan penduduk Felda Kota Gelanggi 2 ekoran penemuan beruang oleh dua peneroka ketika mengutip buah kelapa sawit di ladang mereka.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, beruang berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam parit selepas cuba meniti sebatang kayu di ladang tersebut.

Penemuan itu menyebabkan penduduk kampung takut untuk mengutip buah kelapa sawit kerana yakin haiwan berkenaan masih berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan.










.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on February 16, 2012 at 2:25 PM said...

kesian plak dekat beruang tu.....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!