Satu pasukan doktor di Hospital Memorial Hermann Northwest buat pertama kalinya menyiarkan gambar, klip video dan kenyataan di laman web Twitter secara langsung mengenai setiap tindakan yang diambil ketika satu pembedahan jantung selama empat jam, kelmarin.
Beberapa gambar itu diambil oleh Dr. Michael Macris yang mengetuai prosedur ke atas pesakit berumur 57 tahun, dengan memakai topi dilengkapi kamera.
Mesej pertama Twitter itu berkata, 'Amaran. Kandungan mungkin mengandungi imej mengerikan dan pengguna memerlukan semangat kuat untuk mengikuti pos seterusnya'.
Kebanyakan mesej seterusnya agak mengejutkan seperti 'Dr. Macris membuka dada pesakit dengan pisau dan kemudian melihat...'.
Mesej lain hanya boleh difahami oleh mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang perubatan.
Bagaimanapun, mereka juga melibatkan beberapa maklumat menarik berhubung jantung iaitu ia sebesar penumbuk dan seberat antara 196 dan 420 gram.
Hospital di Houston itu buat pertama kali menyiarkan pembedahan jantung secara langsung di Amerika Syarikat (AS) melalui Twitter itu sebagai sebahagian daripada Bulan Jantung.
Pengguna laman web itu yang mengikuti pembedahan itu sampai habis boleh mengajukan soalan kepada Dr. Paresh Patel yang turut terlibat sama dalam prosedur tersebut.
Tiada sebarang komplikasi berlaku semasa pembedahan tersebut dan pesakit dijangka kembali sihat dalam tempoh seminggu.
.
1 Penyokong CHELSEA:
gile awesome!
Post a Comment