Duit syiling bernilai hampir setengah bilion dolar akhirnya tiba di Sepanyol, semalam selepas terdampar di dasar laut bersama-sama kapal yang karam lebih 200 tahun lalu dan berdepan pertikaian di mahkamah selama lima tahun antara kerajaan negara ini dan syarikat pencari harta karun.
Kapal tentera laut Nuestra Senora de las Mercede itu karam ketika ia berlayar dari perairan Peru ketika era penjajahan Sepanyol pada 1804.
Menurut laman web kerajaan, kepal perang Britain menyerangnya ketika ia menghampiri pelabuhan Cadiz, Sepanyol menyebabkannya karam.
Semalam, pesawat tentera Sepanyol mendarat di pangkalan udara Torrejon berhampiran Madrid dengan membawa 594,000 duit syiling emas dan perak yang ditemui dari bangkai kapal itu oleh syarikat pencari harta karun yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), Odyssey Marine Exploration pada 2007.
Sepanyol sebelum ini mengemukakan bantahan di mahkamah dengan mendakwa syarikat itu bukan pemilik sebenar harta karun tersebut dan hakim AS pada 17 Februari lalu telah mengarahkan harta karun itu dikembalikan kepada kerajaan Sepanyol.
Odyssey Marine Exploration berkata, mereka akan mematuhi keputusan mahkamah itu.
Kerajaan Sepanyol merancang untuk menyimpan, memulihara dan membukukan semua kandungan kargo itu seberat 17 tan yang dianggarkan bernilai 373 juta euro (RM1.5 bilion).
Beberapa sumber berkata, duit syiling itu akan dipamerkan tetapi Menteri Kebudayaan Sepanyol berkata, belum ada keputusan dibuat berhubung perkara itu.
.
2 Penyokong CHELSEA:
wah..besar tul syiling tu
harta karunnn.... ini harta bukan ahmad albab yg punya... tetapi, kerajaan sepanyol yg punya....
http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/02/mimpi-basah.html
jom singgah...
Post a Comment