Friday, February 10, 2012

Kren patah, hempap empat kereta


Empat buah kereta rosak teruk apabila sebuah kepala kren terjatuh di kawasan pembinaan bangunan pejabat 35 tingkat berhampiran Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Ampang Park.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan yang diletakkan di kawasan itu membabitkan sebuah Perodua Kelisa, Proton Wira dan Proton Satria.
"Sebuah lagi kereta pacuan empat roda, Toyota Lexus, yang sedang melalui kawasan itu remuk teruk di bahagian belakang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Tiada kemalangan jiwa berlaku.
Khirudin berkata, bomba masih menyiasat punca kren itu patah bagi memastikan aspek keselamatan bangunan berkenaan terjamin.

"Semua aktiviti pembinaan di bangunan itu dihentikan sementara sehingga pengesahan keselamatan selesai," katanya.

Seramai 15 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Pusat Jalan Hang Tuah dan Balai Bomba Chow Kit dihantar ke tempat kemalangan selepas mendapat panggilan pada jam 1.20 tengah hari.

Pemandu kereta Toyota Lexus itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Eric, 52, berkata beliau amat terkejut dan agak trauma kerana masih merasai hentaman kuat serpihan kren yang jatuh di bahagian kiri belakang bumbung keretanya ketika melalui kawasan berkenaan.
"Saya sedang memandu di jalan itu dan ternampak sesuatu jatuh di depan. Saya cuba mengelak, tetapi kereta saya terkena juga serpihan kren sehingga remuk bahagian bumbung, pintu dan belakang kereta saya," katanya.






Fenomena drama di Malaysia





.

2 Penyokong CHELSEA:

Amirah. on February 10, 2012 at 8:17 AM said...

anda di tag
http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2012/02/mini-giveaway-by-cik-iylia.html

Akulah Pak Lan on February 10, 2012 at 11:10 AM said...

Dah byk kali benda jatuh masa contruct bangunan ni. Paklan kerja kat bangunan sebelah ja. So dapat tgk bomba dtg smlm. Kesian kat kereta yang hancur

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!