Saturday, February 18, 2012

Sabah bukan lagi negeri termiskin


Sabah, yang mengalami perubahan besar dalam landskap pembangunan dan ekonomi sejak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada 1963, bukan lagi negeri termiskin malah berpotensi untuk maju ke hadapan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Waktu itu (1963) mungkin lebih 70 peratus rakyat Sabah boleh dikatakan miskin, daif dan papa kedana. Namun selepas sekian lama, Sabah tidak lagi merupakan negeri yang miskin.

"Mengikut perangkaan, purata pendapatan per kapita negeri ini kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis pelancaran projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur di Kampung Nala, Tungku, 60 kilometer dari sini hari ini.

Najib berkata, ini adalah hasil agenda pembangunan negara yang jelas dan berkesan termasuk yang terbaru iaitu Program Transformasi Negara yang bakal merubah masa depan rakyat.

"Transformasi pembangunan negara ini kita lancarkan kerana kita mahu ubah segala-galanya macam Kampung Nala ini (yang sebelum ini kawasan bakau sahaja).

"Kita tidak akan berhenti setakat ini, kita akan teruskan sehingga kita sifarkan miskin tegar yang ada. Dulu ada 30,000 rakyat Sabah yang miskin tetapi hari ini hanya tinggal 7,000,” katanya.







.

3 Penyokong CHELSEA:

Myra Jay on February 18, 2012 at 12:26 PM said...

bagus tu. smoga orang sabah & rakyat malaysia dikeluarkan dari kemiskinan tegar



nak mintak rakan-rakan tolong komen banyak2 dan like. komen mesti lebih dari 7 patah perkataan
terima kasih

http://denaihati.com/nikon-d90-gadget-impian-mj

♥ نورحازانه ابراهيم ♥ on February 18, 2012 at 12:37 PM said...

alhamdulillah..negeriku maju..semoga terus aman dan bhagia penduduknya..amin

QASEEH HATIKU QASEEH on February 18, 2012 at 11:22 PM said...

30k-7k=23k...adalah PTI...hahaha...

tak lah...statistik d buat ada kah termasuk PTI...sbb PTI mmg idup sgt2 daif..sepa2 yg dtg kk..nmpk pompuan yg jaja2 rokok & ubat2 tepi2 jalan tu...semua tu PTI...budak2 yg jln2 d tgh2 bandar tu..siap main kejar2 tu..anak PTI...majoriti yg d tgh2 bandar tu adalah PTI.. x sure if dia urg ada IC..psl IC kn bole d jual beli...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!