Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Suprintenden Bong Kuet Khiun berkata, dalam kemalangan 12.50 tengah hari itu, Mail Taha, 45, yang memandu kereta berkenaan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu.
Katanya, tiga penumpang yang cedera parah itu turut dirawat di hospital berkenaan.
Kuet Khiun berkata, siasatan awal mendapati treler tersebut yang datang dari arah Sandakan dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan, namun bergesel dengan kereta Kancil mangsa yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kereka mangsa gagal dikawal lalu terbabas.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment