Wednesday, February 15, 2012

Transformers kembali


Selepas kejayaan tiga filem sekuel Transformers, penerbitnya, Lorenzo di Bonaventura mendedahkan filem robot tersebut akan diteruskan dan pengarah Michael Bay sekali lagi bakal mengambil tempat untuk melaksanakan projek terbaru itu.

"Bay akan mengarah Transformers 4 dan berkemungkinan ia bakal ditayangkan pada musim panas 2014.

"Filem terbaru Transformers akan menampilkan jalan cerita dan watak-watak baru namun masih ada kesinambungan daripada filem-filem terdahulu," katanya dalam satu sesi wawancara bersama MTV News, baru-baru ini.

Jelasnya, filem terbaru Transformers adalah berbeza dengan filem Spider-Man yang diolah semula kerana ia menampilkan satu evolusi yang eksklusif.

Ketika ditanya adakah watak-watak sebelum ini akan dikekalkan, Bonaventura menyatakan watak robot Bumblebee dan Optimus antara yang bakal dikekalkan.

Dalam pada itu, Bonaventura dan Bay akan memberi tumpuan terhadap jalan cerita filem terbabit sebelum menetapkan langkah yang seterusnya.

"Walaupun filem Transformers 4 boleh disifatkan sebagai 'pembikinan semula', saya dan Bay akan berusaha untuk mewujudkan jalan cerita yang berbeza beserta watak-watak baru," ujarnya.







Owh i like this.. something new and... its FREE..




.

2 Penyokong CHELSEA:

Ayu on February 15, 2012 at 7:45 PM said...

Cant wait!! YM mmg peminat tegar Transformers!ngeeee...

Rawkzell on February 15, 2012 at 8:42 PM said...

gua pun kaki transformer , sume episode follow :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!