KERJA-kerja membersihkan jalan raya lazimnya dilakukan oleh jentera besar yang dilengkapi penyapu bagi memudahkan proses pembersihan dilakukan, namun di China, cara tradisional masih digunakan.
Jauh berbeza berbanding peralatan moden, sebanyak 16 penyapu jerami akan diikat pada satu roda besar dan ditarik sebuah lori ketika proses pembersihan dilakukan.
Walaupun kaedah itu tidak moden, ia sangat berkesan membersihkan jalan raya, malah turut menjimatkan kerana penyapu jerami hanya perlu ditukar jika rosak.
Peralatan tradisional itu juga digunakan di seluruh China sejak beberapa dekad lalu. – AGENSI
.
3 Penyokong CHELSEA:
Hahahaha.. terbaek dowh!
My latest Entry :)
Akhirnya mak pun ada remekins okeh!
wahh kreatif sgt2..
wah kreatif.. ^___^
Post a Comment