Thursday, March 22, 2012

Donna, calon polis wanita pertama bertudung


Donna Eljammal, seorang wanita berusia 26 tahun, menjadi calon polis wanita pertama yang bertudung di dalam jajaran polis Sweden. Dia memang bercita-cita menjadi polis, bahkan sebelum dia mengenakan tudung.
“Sejak kecil, saya selalu ingin membantu orang dan lebih suka bergerak dibandingkan duduk di depan komputer.”

Dibolehkannya bertudung atau mengenakan surban bagi kalangan polis walaupun beberapa tahun yang lalu keadaan ini melalui perdebatan di parlimen. Donna sendiri berpendapat bahawa Sweden adalah negera dengan aneka budaya.

“Penting bagi Sweden agar pada setiap bidang pekerjaan, ada wakil-wakil dari masyarakat dengan berbagai latar belakang sehingga boleh saling mengenal dan memahami.”

Memakai tudung tentu saja menjadi perhatian bagi orang lain apalagi di jajaran polis. Dia pernah bekerja di layanan penjara dan menjadi wanita bertudung pertama di sana. Namun menurutnya, ketika orang sudah mengenal lebih jauh tentang dirinya, tidak ramai yang akan memperkatakan mengenai tudungnya.

Dia bertekad tidak akan melepaskan tudungnya.

“Ia adalah sebahagian dari saya. Saya boleh melakukan apa saja dengan mengenakannya, saya tidak melihat alasan untuk melepaskannya.”

Alhamdulilah, jika di sebahagian eropah kecurigaan terhadap islam bertambah, ternyata di Sweden ini, seorang muslimah boleh menjadi polis tanpa harus mengorbankan keyakinan dan tudungnya







.

2 Penyokong CHELSEA:

Nini D.. on March 22, 2012 at 12:41 PM said...

agamaku ISLAM.. :)

elnino de moona on March 23, 2012 at 4:22 PM said...

syukur alhamdulillah..:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!