Seorang lelaki Afrika Selatan mengaku telah menggambarkan sebuah "peta syurga" di dinding rumahnya. Lelaki bernama Sibusiso Mthembu, berasal dari Mandeni, sebuah kota kecil dekat Durban, itu juga mengaku sebagai nabi.
Warga kota itu berduyun-duyun mendatangi rumah lelaki berusia 64 tahun itu untuk melihat peta yang dimaksud. Mthembu mengatakan, dia membuatnya setelah empat kali mengunjungi syurga, seperti dipetik akhbar harian Sowetan.
Tidak cukup dengan pendedahan itu, Mthembu mengatakan, ada 11 syurga dan dia sudah mengunjungi semuanya. Dia bahkan mengaku pernah bertemu Tuhan dalam kunjungan keduanya ke syurga. Saat itu, katanya, dia singgah di sebuah planet Jadalem yang tertutup air dan ais.
"Yesus itu berkulit putih, sedangkan Tuhan itu agak abu-abu. Dan Tuhan itu masih muda," Mthembu menjelaskan.
Kepada Sowetan, Mthembu mengisahkan, pada 1993 seorang lelaki berkulit putih mendatanginya di rumah dan mengatakan bahawa syurga memerlukannya. Ketika "malaikat" itu kembali setahun kemudian, Mthembu diajak ke syurga.
"Saya diajak ke syurga kelima yang disebut Crista, di situ saya bertemu dengan Yesus di sebuah kota yang dinamakan Sharomy," katanya pada Sowetan.
Mthembu juga mengatakan, Harold Camping yang meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada akhir Mei 2011 adalah hal yang benar, meskipun sampai hari ini ramalan itu tidak terjadi.
"Sebenarnya yang terjadi pada hari itu adalah terjadi pertemuan besar di syurga, yang dsebut Il-Banta, untuk membicarakan perang besar melawan setan," terangnya.
"Nabi mengatakan satu hari menurut Tuhan setara dengan 891 tahun, jadi 23 Mei itu merupakan awal hitungan untuk kiamat," ujar Mthembu.
Sejak kembali dari perjalanan terakhirnya ke syurga, pada 2008, Mthembu menggambarkan peta syurga dan penghuninya. Itulah yang ingin dia tunjukkan pada dunia.
"Saya tidak tahu mahu percaya atau tidak," kata seseorang yang melihat "peta syurga" di rumah Mthembu.
"Menurut saya, ini soal agama atau kepercayaan peribadi. Ada orang yang percaya itu benar-benar peta syurga, sementara yang lain tidak mempercayainya," ujar pengunjung itu.
Mthembu mengajak orang-orang di seluruh dunia untuk melihat peta syurga yang dibuatnya kerana suatu saat nanti pasti ada orang China, England, atau Jepun yang mengaku membuat peta syurga. "Afrika Selatan akan dilupakan sebagai tempat peta syurga pertama dibuat," katanya.
Selain membuat "peta syurga", Mthembu juga menulis beberapa buku yang berisi perjalanannya ke syurga.
P/S - %*^$#&^#$*($#E%
.
19 Penyokong CHELSEA:
bengong tul
memang bengong..
ahahaha....biasalah ada org benar-benar menikmati sensasi mereka-reka cerita dan lagi seronok bila ramai orang mendengar dng rasa ingin tahu...
Nabi akhir zaman adalah Nabi Muhammad! mana ada dah Nabi selain itu.. pssttt.. Kak Lulu, dalam profile tu gambar akak ke? cun ah! follow balek ye..
nabi terakhir nabi Muhammad s.a.w & kecantikan syurga tak tergambar .. inilah antara manusia yang menyesatkan manusia . Semoga umat islam tidak mempercayai benda2 yang menyesatkan ini
mesti orang ni suka tengok cerita fantasi....
astaghfirullah.
kalau ye pun nk mgaku nabi,bacalah al-quran dulu. khatam kan la baca dulu. ni ttbe nk muncul jadi nabi mse skrg. dh sah2 nabi muhammad,nabi terakhir. duhhhh =.=
astaghfirullah.
kalau ye pun nk mgaku nabi,bacalah al-quran dulu. khatam kan la baca dulu. ni ttbe nk muncul jadi nabi mse skrg. dh sah2 nabi muhammad,nabi terakhir. duhhhh =.=
ingatkan kat Malaysia je ada orang mengaku nabi, kat afrika pun ada..
bangang
mak aihhh..lain macam laa tuhan dia tu..hehehe
Regards,
-Strider-
astaghfirullah :(
ikut suker ko lah ....kalau dah lepak syurga x nak balik dah oiiii
Mcm sial jer dia nih.. ==!
baca boleh. percaya jangan...
bangang
dia ni bukan Islam la, Kristian....
ALAH...
SYAITAN YANG BAGI BAYANGAN KAT DIA.. PASTU MULA NAK NGAKU.. PASTU UMMAT ISLAM PON ADA YANG PESONG.. ITULAH KERJA IBLIS DAN DAJJAL...
Kalau tuhan nak jadikan nabi, muka macam ni takkan ada....nabi of courselaa handsome dan kacak...kalau setakat muka macam ni bukan nabi but babi....berangan tul...
Post a Comment