Monday, March 19, 2012

JADUAL PENGIRAAN GAJI BARU SSM 2012

KLIK UNTUK TUMBESARAN

Berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam apabila kerajaan awal bulan ini mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, selain kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA).
Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui TV1 dan TV3, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan 1 Januari lalu tetapi banyak menimbulkan kontroversi, dibatalkan.
Kerajaan memutuskan penggajian kakitangan awam dikekalkan di bawah sistem Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM itu menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana Gred 1 hingga 54 menikmati pelarasan sebanyak 13 peratus.

Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A akan menikmati pelarasan sembilan peratus, Turus III dan II (lapan peratus) dan Turus I serta Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Selain itu, kadar COLA bagi kawasan B (di antara bandar dan pedalaman) dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, manakala untuk kawasan C (pedalaman) daripada RM100 kepada RM150.
Pelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari lalu yang mana penjawat awam akan menerima gaji tertunggak. Difahamkan, gaji baru akan dibayar sama ada akhir bulan ini atau bulan depan.


*  Menarik walaupun ada sedikit kenaikan disitu..
Namun, sehingga kini belum ada pekeliling rasmi dikeluarkan melaluinya walaupun dah banyak blog-blog yang melampirkan pengiraan gaji baru SSM ni dengan agak lengkap..

Dan lulu memilih entri dari blog ni, kerana penulis menyertakan jadual gaji yang boleh mengira secara automatik pengiraan gaji korang, dengan hanya menukar gred/tangga gaji dan kenaikan gaji tahunan anda..
Lulu dah cuba dengan memasukkan detail seorang kenalan.. yeah berjaya... Syabas penulis...





Korang pun boleh cuba kira ~ download jadual pengiraan disini.. [KLIK]






Kredit buat : ThePlainYard.






.

6 Penyokong CHELSEA:

Ash on March 19, 2012 at 10:54 AM said...

Thanks Lulu sebab backlink kan ke blog saya.. :)

Ecah Shafiee on March 19, 2012 at 11:44 AM said...

ni lah untungnya kerja ngn krjaan. kakitgn swasta gigit jari je la..

Kaki Wayang on March 19, 2012 at 11:47 AM said...

Empunya blog sudah datang

Mosumart Design on March 19, 2012 at 3:42 PM said...

huhuhu utk orang keje kerajaan tu je kan..bestnye..

Entri terkini:Kad Kahwin Very the Creative!

Mas on March 19, 2012 at 4:15 PM said...

lulu cayang...mintak tolong boleh tak? ade tak link memana desinger blog?? nak buat banner pon xreti nih yunk..huhuhu..ade tak?

Kancil 8349 on March 19, 2012 at 5:14 PM said...

dua kali terima kalau macam tu...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!