Diliputi oleh hutan batu, iaitu blok menara bertingkat tinggi, rumah pasangan itu telah menjadi asing ditengah-tengah pembangunan pesat - dan tanpa air dan elektrik selama hampir empat tahun.
Niu Chuangen dan Zhang Zhongyun berani mempertahankan hak mereka dan tidak melayan kehendak pemaju hartanah tempatan di Zaozhuang, dalam Wilayah Shandong China untuk menjual satu-satunya harta mereka, tapak rumah.
Kini pasangan itu, kedua-duanya dalam usia 60-an, telah dibiarkan terdampar disitu, manakala di sekeliling mereka telah berdiri dengan megahnya bangunan-bangunan pencakar langit.
Mereka menjadi terperangkap selepas enggan menjual, apa yang mereka anggap adalah pampasan tidak berbaloi, yang ditawarkan oleh pemaju untuk berpindah dari rumah mereka.
Pasangan kebingungan itu kini menghadapi ancaman daripada samseng dan telah terpaksa untuk menangkis beberapa percubaan untuk merobohkan rumah yang hampir roboh itu secara haram.
Mereka telah terputus dari bekalai air dan elektrik pada tahun 2009 apabila pemaju tempatan mula berkerja di ditanah yang besar itu kerana terlibat dalam membina berpuluh-puluh bangunan-bangunan tinggi kediaman di kawasan itu.
Niu berkata beliau telah bercakap dengan pemaju berkali-kali dalam usaha untuk berunding mengenai perjanjian tetapi mereka enggan untuk menawarkan kepadanya lebih separuh daripada harga pasaran tanah rumahnya itu.
.
2 Penyokong CHELSEA:
unik... >_<
Macam cerita UP jer :)
Post a Comment