Monday, March 26, 2012

Kekasih-kekasih pelumba F1 yang lawa..


Minggu yang menarik di Malaysia, apabila F1 berlangsung.. Sudah tentu gelagat-gelagat pemandu-pemandu F1 menjadi tumpuan.. Apatah lagi bila mereka turut membawa kekasih hati, yang setia memberikan sokongan buat mereka..


Fernando Alonso, gagah memenangi tempat pertama, untuk perlumbaan mencabar, perlumbaa ketika hujan. Namun, tujuan entri ni dibuat, bukanlah untuk fokus kepada pemenang.. Itu dah ramai buat, dan dah ramai yang sedia maklum.

Bagi lulu melihat setiap artikel, apa yang paling menarik adalah wanita disebalik kejayaan seseorang lelaki itu sendiri.. ngee..


Pasangan yang biasa kita lihat, kembali bersama, adalah Lewis Hamilton dan Nicole Scherzinger. Nicole hadir menemani Lewis, dengan gaya tersendiri. Menampilkan pelbagai gaya menarik, sesuai dengan cuaca panas di Kuala Lumpur. Lihat saja pada gambar, dan memang tidak dinafikan, penyanyi ini memang berjaya menarik tumpuan ramai.


Namun, disamping itu, Pelumba Jenson Button tidak berjaya meraih kedudukan terbaik, walaupun, wanita disampingnya, cemerlang menampilkan gaya. Dia hanya mampu meraih tempat ke 14. Jessica Michibata, seorang model kelahiran Jepun, bijak menonjol dengan pakaian dan gayanya yang tersendiri.. Memang lawa...







P/S - Apa pun, enjoy tengok gambar, dah macam pengulas berita sukan dan terselit hiburan disitu..










.

2 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on March 26, 2012 at 3:39 PM said...

cantik dan sepadan..

mujagirl92 on March 26, 2012 at 4:20 PM said...

salam lulu,, jelez tgk nicole,, seksi,, hehe,, jom join ga muja,, do support mek :D
http://mujadafewa.blogspot.com/2012/03/first-giveaway-by-nurmujahidah-lady.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!