Wednesday, March 21, 2012

ManCity vs Chelsea: Pertarungan Dua Roberto


Perlawanan antara Manchester City melawan Chelsea di Etihad Stadium, subuh ini boleh disebut pertarungan dua Roberto. Roberto Mancini sebagai pengurus Manchester City dan Roberto Di Matteo sebagai pengurus sementara Chelsea.

Kebetulan kedua pengurus ini berkewarganegaraan Itali dan bercita-cita mengangkat prestasi kelab di Premier League. Di Matteo dan Mancini juga sama-sama memperkuatkan kelab Lazio ketika masih aktif bermain. Prestasi ManCity dan Chelsea kini seolah-olah terbalik. ManCity berada dalam prestasi negatif. David Silva dan kawan-kawan pertengahan minggu lalu tersingkir dari Liga Eropah.

Di Premier League, ManCity juga baru mengalami kekalahan. Setelah sejak Oktober 2011 memimpin tangga liga, ManCity akhirnya tersingkir dari takhta mereka akibat kekalahan di tangan Swansea. Posisi mereka direbut Manchester United.

Sementara itu, Chelsea justru sedang dalam kebangkitan pasca pemecatan Andre Villas-Boas. Pengurus sementara, Roberto Di Matteo. Chelsea sukses melakukan comeback gemilang di Champion League. Mereka menyingkirkan Napoli dengan agregat 5-4 setelah kalah 1-3 di perlawanan pertama. The Blues juga berhasil terus ke babak semifinal Piala FA dengan menyingkirkan Leicester City.


Premier League Harapan Terakhir ManCity

Berbeza dengan Chelsea yang masih memiliki harapan menjadi juara di Champion League dan Piala FA, ManCity kini tinggal menggantungkan harapan pada Premier League. Itu pun sukar kerana harus bersaing ketat dengan Manchester United. Meskipun berada dalam tekanan, Mancini menolak untuk menyerah.






P/S - KTBFFH





.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on March 22, 2012 at 12:07 AM said...

booooo chelsea..boooo
ngok sini torres kebulur!!hahaha

http://gambar-cool.blogspot.com/2012/03/cool-bodohteruknya-kau-dah-kebulur.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!