Monday, March 19, 2012

Pengasas Red Bull Meninggal Dunia


Media Thailand berkata, jutawan negara itu yang mencipta sendiri minuman bertenaga Red Bull tiga dekat lalu meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Penyiar televisten kerajaan, MCOT berkata, Chaleo Yoovidhya meninggal dalam keadaan biasa pada Sabtu.
Chaleo mengasaskan T.C Pharmarceuticals. Pada tahun 1970-an, beliau merumuskan protaip minuman bertenaga yang dipanggil Daeng Krathing, atau Red Bull dalam bahasa Inggeris.

Ia begitu popular di kalangan pemandu lori dan buruh seluruh Thailand.

Chaleo kemudian mengasaskannya sebuah syarikat pada 1984 bersama dengan rakannya, warga Austria yang membantu menjadikan Red Bull sebagai jenama global.

Majalah Forbes menyenaraikan Chaleo sebagai antara lelaki terkaya di dunia dengan asetnya yang dianggarkan beberapa bilion dolar Amerika Syarikat. - AP






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!