Pengambilan dua cawan teh secara teratur setiap hari mampu membantu wanita meningkatkan peluang untuk hamil sehingga 27 peratus.
Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Boston Amerika Syarikat itu, sebaliknya mendapati, pengambilan dua minuman berkarbonat, tidak kira sama ada versi diet atau biasa, pula akan mengurangkan peluang untuk hamil sehingga 20 peratus.
Ketua Penyelidik, Professor Elizabeth Hatch berkata, kajian tersebut dilakukan terhadap 3,600 wanita yang cuba untuk hamil bagi menilai kaitan antara pengambilan kafein dan kehamilan.
"Mungkin ia disebabkan kandungan kafain di dalamnya, namun mungkin juga terdapat faktor lain yang berkaitan dengan gaya hidup seseorang wanita atau bahan bermanfaat lain yang terkandung dalam minuman tersebut," katanya.
.
2 Penyokong CHELSEA:
benar kah...? saya sgt suka minum teh..ari2 minum teh...tp masih belum berhasil
eh btl ke ni?hehe..sy akn minum teh mulai sekarang =)
Post a Comment