Monday, March 26, 2012

Tolonglah pulangkan dia..


Sebuah keluarga dari Anak Bukit di sini dirundung kesedihan ekoran kehilangan anak gadis mereka dipercayai dilarikan kekasihnya sejak 8 Oktober 2011.
Siti Ruzaida Ishak, anak bongsu daripada empat beradik itu keluar dari rumah melalui tingkap di biliknya pada pukul 2 pagi dengan membawa sebuah beg pakaian kerana dipercayai mengikut kekasihnya yang dikenali sebagai Boy.

Ibu mangsa, Siti Hajerah Ahmad, 52, memberitahu, Boy atau nama sebenarnya, Mohd. Faizal Issyam Ismail, 24, disyaki memecah mangga tingkap bilik anaknya sebelum membawa anaknya lari.
Katanya, pada waktu itu, suaminya, Ishak Abdullah, 61, terdengar bunyi bising di luar rumah namun terlalu mengantuk untuk bangun melihat apa yang berlaku.

“Saya pula tidak sedar kerana tidur dengan nyenyak. Kehilangan Ruzaida hanya disedari pada pukul 5.30 pagi pada hari kejadian,” kata Hajerah di sini semalam. - Metro










.

3 Penyokong CHELSEA:

Syuhada Nasya on March 26, 2012 at 7:14 AM said...

hmmm mcm2 laaa kn

Deleted on March 26, 2012 at 7:31 AM said...

Assalamualaikum & Salam sejahtera :)

Saya ada buat satu GA ,
Sudi sponsor?

http://cerita-amna.blogspot.com/2012/03/1st-giveaway-by-amna.html

Mak Wardah on March 26, 2012 at 9:57 AM said...

Ala, asal ada pakwe nak lari, apalah budak2 ni.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!