Jika kebanyakan pencuri di mengambil semua barang berharga yang dimiliki oleh mangsanya, maka trend kecurian di kota New York sedikit berbeza. Kerap kali hanya barang-barang tertentu yang diambil dari mangsa, salah satunya adalah gadget keluaran Apple, iPhone dan iPad. Seperti yang dipetik oleh New York Daily News, peratus jenayah di salah satu kota terbesar di AS itu dicatatkan terus merangkak naik. Yang menarik, barang curian yang dicuri kini lebih ditujukan kepada telefon bimbit popular seperti iPhone atau iPad.
Menurut catatan mereka, pencurian produk Apple naik 44% mulai dari awal tahun hingga 15 April. Pihak polis New York (NYPD) menyebut bahawa ada kira-kira 1197 gadget Apple yang dicuri di berbagai jalan di kota New York. Jumlah tersebut meningkat naik mendadak dibandingkan dengan 831 pencurian barang Apple tahun lalu. Salah satu contoh adalah kes pembunuhan yang menimpa Hwang Yang, seorang tukang masak berusia 26 tahun, yang ditembak oleh seorang pencuri di kawasan Riverdale ketika pulang dari tempat kerjanya.
Yang |
Yang menarik, teman keluarga mangsa mengatakan bahawa penembak hanya mengambil iPhone milik Yang dan meninggalkan dompet serta wang yang ada di dalamnya. Hingga saat ini pihak polis masih terus mencari suspek yang menembak Yang. Bahkan mereka telah menawarkan wang ganjaran sebesar USD 12 ribu sebagai hadiah bagi orang yang mengetahui dimana penembak itu berada.
Menurut sumber dari polis, naiknya populariti gadget milik Apple seperti iPad dan iPhone membuat banyak pencuri yang mengalihkan target mereka ke barang-barang tersebut. Apalagi permintaan yang tinggi mempermudah mereka untuk menjualnya kembali dengan harga yang lumayan. "Itu (membawa iPhone atau iPad di tempat umum) sama saja dengan anda memegang wang ratusan dolar di tangan," kata seorang sumber.
Demi memerangi kejahatan ini, pihak polis telah mengumumkan kerja sama dengan pembuat gadget untuk membuat sebuah data base nombor ID khusus untuk setiap telefon bimbit yang berfungsi sebagai alat pengesan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment