Impian penduduk wilayah Banten dan Lampung yang dipisahkan Selat Sunda untuk disatukan melalu jalan darat akan tercapai tidak lama lagi. Ini kerana, projek pembinaan Jambatan Selat Sunda (JSS) sepanjang 29 kilometer yang akan menghubungkan Pulau Jawa dan Sumatera sudah mempunyai pelabur dari China yang sudi melabur 120 trilion rupiah (RM40 bilion).
Peletakan batu asas untuk pembinaan projek tersebut dijangka akan dilakukan pada 2014.
Jambatan tersebut akan dibina secara melintang sepanjang 29 kilometer dan mempunyai kelebaran 60 meter.
Selain itu, jambatan JSS mempunyai dua lorong kenderaan setiap hala dan dua jalan untuk penunggang motosikal di bahagian tengah jambatan.
Ia juga akan melintasi tiga pulau iaitu Pulau Prajurit, Pulau Sanghiyang dan Pulau Ular.
Projek terbabit dijangka siap antara enam hingga 10 tahun iaitu sebelum 2018. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment