Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hanya mampu menangis dan menahan sakit selama setengah jam selepas tangan kanannya tersepit di dalam mesin permainan di sebuah kedai runcit di Kedai Mulong, Kota Bahru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Mohd Asyraf Mohd Huzaini dari Kampung Batu Lapan, Kadok, dekat sini, yang berkunjung ke kedai runcit itu bersama bapanya, Huzaini Yahya, 32, pada mulanya memasukkan syiling ke dalam sebuah mesin permainan, tetapi barang permainan tidak keluar menyebabkan dia memasukkan tangan kanannya di lubang mesin permainan itu.
Bagaimanapun, cubaannya mengeluarkan semula tangan gagal sehingga terpaksa ditenangkan ibunya, Rosnita Wahab, 28, dan dibantu anggota bomba. Huzaini berkata, dia terkejut mendengar anaknya menangis ketika berada di kaunter pembayaran. Katanya, sebelum kejadian, dia memberikan anaknya syiling 50 sen selepas diminta kanak-kanak itu. -Metro
.
7 Penyokong CHELSEA:
kesiannya kak nam tgk..nasib baik darah x byk keluar..
uu sakitnyaaa..atie penah tersepit jari kt keta ..uishh..sakit wooooo
pehni musti adik tu insaf. mak dia sengih je. huuuuhuuu~
kesiannya.. kak liza memang tak pernah bagi anak beli benda ni. 3 tahun dah pandai..
alaa .. kesian budak tu .. 30 minit lama jgk tu nak tahan ..
cean nye kat baby tu..
tak terfikir lak mesin tu boleh perangkap jari, huhu..
Ibunye sengih jer..
Post a Comment