Sunday, April 15, 2012

BUNOHAN


Filem Bunohan yang menjadi topik panas sejak sebulan lalu kerana memapar satu gaya penceritaan baru sinema Malaysia masih hangat diperkatakan ketika ini. Malah ada segelintir pengkritik filem yang tidak mampu “mambaca” filem melabelkan Bunohan sebagai filem serabut, mengarut dan syok sendiri.

Walaupun mendapat kritikan, filem ini sebenarnya telah mendapat banyak pujian kerana berjaya menampilkan filem yang hebat. Ini memberikan sinar dalam industri yang dipenuhi lawak hantu murahan. Filem ini bertaraf antarabangsa kerana ia menyusuri sosial dan budaya tempatan. Semakin tinggi nilai tempatannya, semakin tinggilah nilai antarabangsa.

Keberanian pengarahnya, Dain Said melawan hukum filem sepatutnya diberi sokongan kerana selama ini kita hanya mampu menghasilkan filem lawak bodoh dan hantu yang hilang seramnya.





.

4 Penyokong CHELSEA:

Sandra Azwan on April 15, 2012 at 2:23 PM said...

boleh tahan jugak this film...

Nour Adieb on April 15, 2012 at 2:32 PM said...

x tengok gi filem ni

Anonymous said...

betul. terlalu klise kebanyakkan filem-filem tempatan yang ada sekarang ni. patut kita support filem macam ni. menaikkan nama Malaysia.

Unknown on April 15, 2012 at 7:17 PM said...

belum tengok lagi. tapi, akan tengok juga especially bila ada good review. and seriously tak tengok citer hantu-hantu yg tak senonoh tu.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!