Friday, April 13, 2012

Doktor menangis klinik diserbu


Seorang doktor lelaki menangis teresak-esak dan menggigil apabila klinik miliknya di Taman Danau Desa di sini, diserbu pihak berkuasa kerana dipercayai menjual pil psikotropik kepada penagih dadah hari ini.

Serbuan pukul 10.45 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Doktor berusia lingkungan 40-an yang mendapat pendidikan di dua universiti luar negara itu bagaimanapun bernasib baik apabila dia hanya diambil keterangan dan tidak ditahan. - Utusan






.

2 Penyokong CHELSEA:

hazirah kasimon on April 13, 2012 at 8:21 AM said...

cian die

Liza @ Adzriel AB on April 13, 2012 at 10:05 AM said...

panik atau tagih simpati?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!