Thursday, April 5, 2012

Lelaki terselamat kereta terjunam


Seorang lelaki terselamat apabila sempat keluar dan berenang ke tebing selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam laut Selat Tebrau, berdekatan Tambak Johor, semalam.

Mohd Amin Miran, 31, dari Pekan Nenas, Pontian, dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar. Beliau dipercayai hilang kawalan kenderaannya selepas bergesel dengan sebuah bas lalu melanggar tembok konkrit dan terjunam ke dalam laut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, M Vijayan, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 10.25 pagi dan menghantar pasukan seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru termasuk tujuh anggota dari unit skuba.

"Dua kren digunakan bagi mengangkat dan mengeluarkan kereta yang tenggelam kira-kira tiga meter ke dasar laut," katanya.

Operasi berkenaan mengambil masa kira-kira dua jam. - BERNAMA






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!