Tuesday, April 3, 2012

‘Nama saya Aaron bukan Mat Haron’


“Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa.

“Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan ‘permainan’ individu yang menyiarkan keratan kad pengenalan ‘buatan sendiri’ didakwa miliknya di sebuah forum hiburan, semalam.

Kata Aaron, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya.

Wartawan Harian Metro yang turut melayari forum terbabit dan melihat kad pengenalan itu mendapati Aaron dikritik hebat di rangkaian laman sesawang terbabit sebelum namanya itu dipermainkan.

Menurut Aaron, perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya dan dia menegaskan nama sebenarnya Aaron Aziz Mustafa bukan seperti didakwa.

Aaron berkata, kad pengenalan tiruan itu turut disebarkan di beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai. - MyMetro






.

4 Penyokong CHELSEA:

Hudalatip on April 3, 2012 at 7:21 AM said...

Kesian aron aziz kan..

Liza @ Adzriel AB on April 3, 2012 at 7:37 AM said...

yg membaca pun cepat bebeno nak percaya..

Unknown on April 3, 2012 at 10:46 AM said...

aiyark..
kes camni pn ada..
x kesah ler aron ker apa..
yg pasti kamu hero malaya skarang.
hehe.

Kak Nam Kepoh!! on April 3, 2012 at 1:00 PM said...

Bila dh jadi artis biaselah..hehehhe..jgn lupa follow sini balik ye..

http://lienazetty.blogspot.com/

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!