Monday, April 30, 2012

Pemakanan ketat jejas kesihatan anak


Seorang penyelidik tempatan memberi amaran terhadap sikap ibu bapa yang bersikap terlalu keras ketika mengawal pemakanan anak mereka kerana ini boleh mengakibatkan mereka mengamalkan cara pemakanan tidak sihat.

Pakar nutrisi Elisabeth Lind Melbye dari Universiti Stavanger di Sweden sebelum ini menjalankan kajian mengenai jenis pemakanan yang baik dan kurang baik yang perlu diajar oleh ibu bapa kepada anak mereka.
Kadar obesiti kanak-kanak di Amerika Syarikat dan Britain serta selatan Eropah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding di utara Eropah.
Secara kasar, seorang bagi setiap lima kanak-kanak Norway mengalami terlebih berat atau obes.

Kajian itu membabitkan 800 kanak-kanak Norway berusia 10 hingga 12 tahun serta ibu bapa mereka.

Melbye mendapati perkara paling penting ibu bapa dapat lakukan untuk mempromosi pemakanan sihat ialah menyediakan makanan yang berkhasiat dan membenarkan anak mengambil apa yang mereka mahu.

“Selain mendedahkan anak-anak kepada makanan sihat, mereka juga perlu mengambil bahagian dalam penyediaan dan merancang makanan. Biarkan mereka memotong sayuran dan membantu di dapur,” kata Melbye dalam satu kenyataan.
“Kemudian bawalah mereka bersama anda ke kedai. Jika mereka cukup besar, anda boleh membincangkan pemakanan sihat bersama mereka dan menjelaskan mengapa ia bagus untuk tubuh badan.”

“Jika ibu bapa amat tegas dan mengenakan sekatan mengenai diet, anak mereka mungkin teringin makanan tidak sihat dan kurang memilih makanan berkhasiat,” kata Melbye. – Agensi





.

1 Penyokong CHELSEA:

Akulah.com on April 30, 2012 at 2:31 PM said...

jangan bagi anak2 makan jajan.. nanti tak sihat

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!