Tahun 1513, penjelajah Sepanyol, Juan Ponce de León, berlayar mencari Bimini, yang menurut mitos memiliki mata air yang dapat membuat orang awet muda. De León menjelajahi Carribean dan Florida, Amerika Syarikat, lalu pulang dengan tangan hampa. Mungkin saja dia mencari di tempat yang salah. Setidaknya, menurut Central Intelligence Agency (CIA), AS dan negara-negara Carribean bukan tempat tinggal bangsa yang awet muda.
CIA meneliti akta lahir, ras, jenis kelamin, penyebab kematian, dan faktor lain penduduk setiap negara untuk menjangka usia harapan hidup yang disiarkan dalam World Factbook. Usia harapan hidup di AS cukup tinggi, 78-49 tahun. Lebih tinggi dari rata-rata populasi dunia yang 67-59 tahun.
Namun, AS hanya berada di urutan ke-50 dalam daftar CIA. Penduduk Jepun, yang gemar makan ikan, rata-rata hidup hingga usia 83-91 tahun dan berada di urutan ke-3. Macau (84-43 tahun) berada di urutan kedua kerana pelaburan kerajaan yang besar di bidang pelayanan kesihatan.
Negara dengan usia harapan hidup tertinggi adalah Monaco, yang penduduknya dapat hidup hingga usia 89-68 tahun. Kombinasi kemakmuran, layanan kesihatan prima, makanan sihat, serta suasana yang tenang membuat warga kerajaan kecil ini awet muda. Kelihatannya, De León tak perlu jauh-jauh menyeberangi Samudra Atlantik untuk mencari Bimini.
.
2 Penyokong CHELSEA:
bestnya boleh awet muda..
nak awet muda senang jer ...
selalu bergumbira! penduduk malaysia pun ramai yg awet muda, kan! :)
Post a Comment