Penemuan berpuluh-puluh kesan tapak kaki saiz gergasi heboh diperkatakan oleh penduduk yang tinggal di lereng Gunung Salabose, Majene, Sulawesi Barat.
Setakat ini, belum ada penjelasan daripada pihak berkuasa tempatan mengenai penemuan itu, tetapi lokasi penemuan itu kini menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Gunung Salabose.
Penduduk tempatan percaya kesan tapak kaki gergasi itu milik makhluk ghaib dan mereka memagarinya supaya tidak dipijak oleh pengunjung, lapor Kompas.com.
Menurut penduduk tempatan, kesan tapak kaki gergasi itu bukan hanya ditemui di kampung mereka, tetapi juga di lerang bukit menuju puncak Gunung Salabose.
Seorang penduduk, Abu berkata, pada mulanya tapak kaki itu ditemui tidak jauh dari kediaman mereka.
Penduduk yang ingin tahu kemudian mengukur ukuran tapak kaki tersebut. Memanfaatkan situasi, penduduk tempatan menyediakan kotak sukarela untuk sumbangan. Kini beberapa anggota polis dari Polres Majene berjaga untuk menjaga lalu lintas akibat penemuan heboh ini.
.
1 Penyokong CHELSEA:
memang aneh
Post a Comment