Pakar teknologi di seluruh dunia terus melakukan inovasi dalam membuat robot. Jika sebelumnya sebuah restoran di China menggunakan jasa robot sebagai pelayannya, kali ini robot ditugaskan sebagai guru di sebuah sekolah di Korea Selatan.
Pada hari selasa yang lalu, pejabat dari bahagian pendidikan Korea Selatan mengungkapkan bahawa hampir sekitar 30 robot telah mula mengajar pelajaran Bahasa Inggeris kepada pelajar tadika. Projek ini direka dalam rangka membina kelahiran perusahaan-perusahaan robot di sana.
Engkey, robot yang berbentuk seperti telur dan berwarna putih dikembangkan oleh Institut Sains dan Teknologi Korea (KIST), mula mengajar di 21 sekolah tadika di sebelah tenggara kota Daegu.
29 robot dengan tinggi 1 meter dilengkapi dengan sebuah panel TV di atas sebagai wajah, berjalan mengelilingi kelas sambil bercakap kepada pelajar. Tidak hanya itu, mereka juga membaca dan menari mendengarkan muzik dengan menggerakkan kepala dan tangan mereka.
Wajah yang ditampilkan dalam panel display robot tersebut adalah gambar wajah seorang wanita. Robot ini dikontrol oleh guru Bahasa Inggeris di Filipina. Mereka dapat melihat dan mendengar suara murid melalui sistem remote control.
.
1 Penyokong CHELSEA:
bagus nya..nak beli la untuk anak :)
Post a Comment