Monday, April 9, 2012

Soya galakkan pembesaran tumor


Pengambilan makanan atau minuman berasaskan kacang soya boleh menjejaskan rawatan kanser dan menggalakkan tumbesaran tumor di kalangan pesakit kanser payudara, menurut sekumpulan saintis.

Penyelidik dari Universiti Georgetown yang membentangkan kajian mereka dalam satu persidangan perubatan di sini semalam berkata, terdapat kemungkinan kaitan antara pengambilan kacang soya dan tindak balas ubat kanser payudara yang biasa diambil iaitu tamoxifen.

Menurut mereka, kajian yang dilakukan terhadap tikus makmal menunjukkan, tikus yang diberi makanan atau minuman berasaskan kacang soya dari kecil bertindak balas sempurna dengan tamoxifen.

Sebaliknya, tikus yang mula diberi makan bahan itu ketika dewasa dan selepas diserang kanser payudara, didapati kebal dengan rawatan yang diberikan.





.

1 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

Soya, okay untuk perempuan tapi boleh menyebabkan kemandulan pada lelaki, kalau tak silap laa. Kalau silap, please correct me. :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!