Wednesday, May 30, 2012

Aneh, bagaimana gambar pakciknya yang sudah mati lama dulu ada dalam kamera yang dibelinya di jualan garaj


Seorang budak lelaki berusia 13 tahun telah membuat satu penemuan yang mengejutkan apabila dia membeli sebuah kamera di jualan garaj dan mendapati gambar pakciknya yang telah mati ada didalamnya. Addison Logan mendapati kamera POLAROID lama dijual ketika dia pergi di sekitar jualan murah dengan nenek,, Lois di Wichita pada hari Khamis. Dia membeli kamera untuk $ 1 dan pulang ke rumah untuk menyelidik bagaimana untuk menggunakannya di internet.

Apabila Addison mengeluarkan kartrij dan membukanya, dia melihat gambar lama didalamnya. Lois mengenal pasti salah satu daripada orang-orang di dalamnya sebagai anak lelakinya, Scott, yang terbunuh dalam kemalangan kereta 23 tahun yang lalu. Dia meneka bahawa gambar itu, iaitu anaknya dan kawan sekolah tinggi, Susan, telah diambil kira-kira 10 tahun sebelum kematiannya. Lois terkejut apabila dia diberitahu oleh cucunya, ianya datang dari kamera, yang baru mereka beli bersama-sama.


Aneh! Bagaimana kamera yang menjadi tawaran di jualan garaj itu adalah merupakan kepunyaan mereka dahulu. Scott meninggal dunia ketika dia tertidur semasa memandu di Interstate 70.





.

8 Penyokong CHELSEA:

Fairuz Zainal on May 30, 2012 at 7:39 PM said...

huhuhuhhhhhuu seramm =.=

Uji Hussein on May 30, 2012 at 9:35 PM said...

Dulu tu kamera pakcik dia kot?

Solehah Shamsuddin on May 30, 2012 at 10:54 PM said...

aneh betul...

Ikam on May 31, 2012 at 1:52 AM said...

agakx2 gambo gua ade tak dalam tu.? hermmm

Hafiz Rahim on May 31, 2012 at 1:54 PM said...

Ada hantu Nonkrong dalam tu..hahaha

Entry terbaru saya "Secure browser"

Cik Fie on February 26, 2013 at 3:33 PM said...

serammmm . hahaha :)

Unknown on February 26, 2013 at 4:19 PM said...

Naik bulu roma den..

Unknown on February 26, 2013 at 4:22 PM said...

Naik bulu roma den....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!