Daging merupakan makanan yang biasanya dimakan oleh ikan jerung, tapi hal itu tidak berlaku bagi seekor jerung bernama Florence di Birmingham National Sea Life Center, Inggris. Ikan jerung tersebut mengejutkan penjaganya kerana tidak mahu lagi makan daging, melainkan hanya sayur-sayuran. Kejanggalan pada jerung tersebut membuatnya menjadi jerung vegertarian pertama di dunia. Awalnya Florence sama seperti jerung lainnya, memulakan hidupnya sebagai pemakan daging, tapi itu semua berubah ketika menjalani pembedahan pada 2009 untuk membuang kail berkarat di rahangnya.
Sejak itulah, jerung tersebut tidak mahu lagi memakan daging. Bahkan penjaganya harus melakukan trik “licik” untuk memberikan protein dalam “diet” yang dilakukan dan membuat jerung tersebut memakan daging. Contohnya, menyembunyikan potongan ikan dalam timun. “Kami harus menyembunyikan potongan ikan untuk membuatnya makan (daging),” ujar kurator Graham Burrows. “Dan itu (trik memberi makan daging) harus dilakukan sembunyi-sembunyi dengan teliti, kerana jika jerung itu menyedari hal tersebut, maka penawaran (makanan) tadi akan diabaikan dan menunggu makanan vegetarian,” jelas Burrows.
Burrows berharap, jerung tersebut tidak akan selamanya menjadi vegetarian. “Kami tidak ingin jerung itu menjadi vegetarian sepenuhnya." harapnya.
.
5 Penyokong CHELSEA:
ikan jerung ni pun jaga badan eh ? haha ..boleh tahan gak
kalau gini nak bela lah!hihihiii..
memang pelik, makan sayur? hehe
peliknya.first time sy tau jerung cmni
ok la tu tak makan daging, jimat kos nk membelanya.
Post a Comment