Polis Yunnan, China, menahan seorang lelaki yang disuspek melakukan pembunuhan dan amalan kanibalisme terhadap belasan korbannya. Suspek juga disyaki menjual daging-daging manusia ke pasar, menipu dengan mengatakan bahawa itu daging binatang. Diberitakan China Post, Sabtu 26 Mei 2012, Zhang Yongming ditahan polis Yunnan dua minggu lalu di rumahnya di desa Nanmen. Dia disyaki terlibat kes hilangnya belasan pemuda sejak tahun lalu. Saat menggeledah rumah lelaki 56 tahun ini, polis terkejut.
Di dalam ruangan rumahnya, terdapat daging-daging manusia yang digantung untuk dikeringkan. Di sebuah botol, polis menemukan dua bola mata manusia yang direndam di dalam arak. Polis mensyaki, selain memakan sendiri daging-daging tersebut, Zhang memberikannya untuk tiga ekor anjingnya. Polis juga mengatakan bahawa Zhang kemungkinan telah menipu pedagang di pasar yang membeli daging manusia darinya. Ketika menjualnya, Zhang mengaku bahawa itu adalah daging burung unta. Bukan kali ini saja Zhang terlibat kes pembunuhan.
Sebelum ini, dia dipenjara selama 20 tahun kerana membunuh. Jirannya menggelar Zhang sebagai "monster kanibal." Jiran Zhang mengaku sering melihat lelaki pendiam ini menggantung plastik hijau di rumahnya, dengan tulang putih menyembul keluar. Para pelapor awalnya menyangka keluarga mereka hilang akibat diculik dan kerja paksa di kilang batu bata. Menurut Tencent, salah satu portal berita di China, korban Zhang disyaki berjumlah hingga 17 orang.
Kanibalisme di China wujud sejak terjadinya wabak kelaparan ketika industrialisasi negara itu gagal pada tahun 1950an. Berbagai kes kanibalisme individu terjadi pada Revolusi Budaya dari tahun 1966 sampai 1976, sebagai bentuk perlawanan terhadap musuh komunis. (umi)
.
1 Penyokong CHELSEA:
hadoii..ketandusan makanan..
pegi lah makan nasi..
Post a Comment