Bila ramai orang yang menginginkan hadiah berupa barang, gadget atau hiburan dari orang yang dikasihi saat merayakan ulang tahun, maka tidak dengan lelaki yang satu ini. Di hari ulang tahunnya, lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) ini justru malah menginginkan kematian isterinya sebagai hadiah. Akibatnya dia harus menerima nasib dimasukkan ke dalam penjara.
Jorge Victorino Vasquez, demikian nama lelaki tersebut, ditangkap pihak polis Las Vegas akibat mengharapkan kematian isteri sebagai hadiah ulang tahunnya. Menurut laporan yang dibuat pihak polis, lelaki yang berusia 32 tahun itu diketahui telah merancang pembunuhan isterinya tepat di hari ulang tahunnya. "Dia mengatakan bahawa pembunuhan itu akan menjadi hadiah ulang tahunnya," tulis pihak polis dalam laporan yang dipetik oleh Foxnews. Nasib baik sebelum niat itu direalisasi, polis terdahulu mencium gelagat buruk Vasquez setelah seorang informan membocorkan niat tersebut.
Informasi yang diterima menyebut Vasquez merancang menyuruh seseorang masuk ke dalam rumahnya, memukul si isteri hingga mati dan mencuri beberapa barang miliknya agar dilihat seperti aksi rompakan. Polis kemudiannya melakukan gerakan cepat. Dengan menyamar sebagai pembunuh upahan, seorang petugas polis melakukan pertemuan dengan Vasquez di restoran Triple Play, di jakaln Decatur Boulevard, dekat Sahara Avenue. Kepada polis yang menyamar, Vasquez menawarkan wang sebesar USD 2 ribu untuk nyawa si isteri.
Alasannya, dia menganggap si isteri telah curang dengan orang lain, mengambil wang dan kenderaannya dan selalu mengancam akan memanggil petugas imigrasi agar dia dihantar balik ke negara asal. Vasquez akhirnya ditangkap pihak polis pada pertemuan ketiga, sesaat setelah dia memberikan wang pembayaran beserta foto dan lakaran jalan masuk dan keluar rumah. "Benar-benar menakutkan. Itu sangat menjijikkan. Saya sungguh sedih mendengar itu," ujar Barbara Deamin, seorang jiran yang tinggal dua rumah dari kediaman Vasquez.
.
1 Penyokong CHELSEA:
Bertuah punya laki.. Uishhh baca pon blh naik geramm.. Mcm manalah perasaan bini dia kan...Nasib baik pihak polis cepat bertindak kannn..
Post a Comment