Tuesday, May 15, 2012

Noramfaizul namamu diabadikan

Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, jurukamera televisyen Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) yang terbunuh semasa bertugas di Somalia tahun lepas menjadi wartawan Malaysia pertama diberi penghormatan oleh sebuah muzium khusus untuk wartawan di Amerika Syarikat.


Nama Noramfaizul diukir pada arca kaca di memorial itu di dalam bangunan Newseum iaitu muzium yang dikhususkan untuk wartawan dan berita, terletak di Pennsylvania Avenue berhampiran bangunan Kongres Amerika Syarikat di Capitol Hill.


Nama Allahyarham juga boleh diakses di laman web muzium itu http://www.newseum.org. Nama Noramfaizul diabadikan sebaris dengan 69 lagi petugas media dari seluruh dunia yang terkorban atau terbunuh semasa sedang berkhidmat atau menjalankan tugas liputan berita sepanjang tahun 2011.





.

4 Penyokong CHELSEA:

||aLeaSaRa|| on May 15, 2012 at 8:03 AM said...

wow bangganya!semoga roh arwah dicucuri rahmat amin :)

Izwa Kamaruddin on May 15, 2012 at 9:13 AM said...

sedih nyer..

Aziela on May 15, 2012 at 9:46 AM said...

Alhamdulillah.... ada juga yang mengabadikan nama beliau di atas jasa yang ditabur. Seharusnya, Malaysia perlu ada Wall of Fame untuk wira2 negara, bukan wira dalam politik...

Anonymous said...

Thanks for all of your work on this web page. I am looking forward to reading more of your posts in the future.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!