Seorang lelaki berdepan penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda RM3,000 angkara mencuri buah petai di Kampung Belaoh, Keruak, Hulu Besut 24 Jun lalu. Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menjatuhi hukuman tersebut selepas lelaki berumur 31 tahun itu mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Besut di sini, semalam. Lelaki dari Kampung Seri Berangan itu ditangkap mencuri 226 papan petai milik penduduk di Kampung Belaoh pada jam 6.30 petang, Ahad lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Terdahulu, dia merayu agar mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dan hukuman penjara berjalan daripada tarikh dia ditangkap.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment