Meh Jenguk~Blog alin

MAKBED: The Journal

Wednesday, June 20, 2012

Plagiat yang tersungkur...huhu


Ketua agensi berita Jepun, Jiji Press, akan meletak jawatan berpunca daripada kesilapan menghantar berita media lawan kepada pelanggannya. Masahiro Nakata berkata, beliau akan melepaskan jawatan presiden syarikat hujung bulan ini bagi memikul tanggungjawab sebagai penyelia’. Pengumuman dibuat selepas seorang wakilnya di biro Washington menyalin dan menghantar berita dalam bahasa Jepun kepada agensi berita Kyodo News untuk tujuan rujukan ketika menulis untuk Jiji. “Wartawan itu gagal mengubah tarikh dan berita tidak lengkap itu diberi kepada pegawai penyunting.”


Satu kejadian yang sama berlaku Januari lalu. “Tindakan menyalin berita dari syarikat media lain tidak dapat dimaafkan. Saya minta maaf kepada Kyodo News dan syarikat media lain atas masalah yang menjejaskan kepercayaan kepada kami dan memberi masalah kepada orang lain,” katanya lagi. Nakata, 64, akan digantikan oleh Yutaka Nishizawa tetapi butir-butir lanjut penggantinya tidak diberi. – AFP







.

1 Penyokong CHELSEA:

Asmara on June 20, 2012 at 8:57 PM said...

Sugoi(kagum) kan org jepun. Cepat mengaku kesilapan. Salah je terus letak jawatan. Kat msia? Jgn harap!

IKLAN BERBAYAR

Photobucket _______2carloscamejo1_zps545f9fdf Photobucket Photobucket

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!