WANITA yang baru mendirikan rumah tangga ini hanya tersenyum tatkala persoalan tentang tersebarnya di alam maya gambar perkahwinan suami, Redza Syah Azmeer Mohd. Redzuan, 31, dengan bekas isterinya itu, dibangkitkan. Tiada riak cuak di wajah wanita berusia 30 tahun ini atau tindak tanduk kurang menyenangkan sewaktu mengulas isu yang dianggap 'tiada apa-apa' pada pertemuan sewaktu sesi penggambaran iklan komersial produk D'Haja di Pulau Indah, Klang Selangor pagi Isnin lalu. Malah, pelakon dan pengacara ini juga bersedia untuk menerima apa juga tanggapan buruk masyarakat tatkala gambar suaminya dengan wanita bernama Farah Diana itu menjadi perbualan. Apatah lagi di kala perkahwinannya baru mencecah usia tiga minggu.
"Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu," dedah Irma Hasmie yang kelihatan bersedia memulai perbincangan mengenai gambar yang mencetuskan tanda tanya selama ini. Katanya, dia sudah menjangkakan gambar berkenaan akan menjadi isu kerana gambar itu sudah dimuat naik di blog pengantin kira-kira dua tahun lalu. Tetapi dia tak menjangka perkara itu dihebohkan di kala tempoh bulan madunya. "Saya tak simpan rahsia apa pun pada masyarakat bila orang cakap saya sengaja simpan rahsia sebab berkahwin dengan lelaki berstatus duda. Itu bukan niat saya. "Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain.
Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya. "Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendiri. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan," ulas duta produk tudung D'Haja lagi dengan tenang. Mengajukan persoalan tentang kemungkinan persoalan gambar berkenaan merebak menjadi besar di kala Irma sedang membiasakan diri memegang status isteri? Wanita yang berdarah campuran Pakistan dan Cina ini berkata: "Yang itu saya tak tahu." Pun begitu, pelakon filem Cinta Fotokopi ini lebih mementingkan perasaan keluarga terutama sebelah mentua yang tidak biasa dengan cerita-cerita gosip sebelum ini.
"Mak mentua saya (Datin Azizah Osman) menangis kerana risau keadaan saya. Saya cakap saya tak apa-apa sebab dah 10 tahun terlibat dalam industri. Saya anggap gosip ini biasa saja. "Saya sangat menghormati dan menyayangi keluarga mentua saya, dan begitu juga sebaliknya. Mereka terima saya seadanya dan saya bersyukur bila dipertemukan dengan keluarga yang cukup akrab dan saling mengambil berat antara satu sama lain," katanya lagi. Mengulas tentang penerimaan suami berhubung kisah lama dibangkitkan, pengacara program Assalamua-laikum di TV AlHijrah ini menarik nafas dalam-dalam sambil berkata; "Suami rasa bersalah pada saya.
Dia risau, sebab dia, saya yang terkena. Dia juga hairan, kenapa orang tidak bangkitkan isu itu masa mula-mula dulu. Tapi, sekarang dia faham. Saya kasihankan dia, sebab lepas ini bila ada gosip membabitkan keluarga, kalau boleh saya tak nak sentuh langsung," katanya lagi. Meminta Irma mengulas tentang kehidupannya selepas bergelar isteri mewujudkan garisan senyum di wajah pelakon filem Hooperz ini. Katanya: "Saya rasa selamat bila ada tempat bergantung. Saya juga sangat teruja untuk menempuh harian saya sepanjang Ramadan bersama suami.
Kami boleh pergi sembahyang tarawih, dan solat berjemaah bersama." Adakah Redza akan menghadkan aktiviti seni Irma? Anak sulung dari tiga beradik ini menafikannya. "Saya bersyukur kerana suami mempercayai saya dan saling hormat antara satu sama lain. Dia tidak menghadkan aktiviti seni saya sebab hubungan kami terjalin atas dasar percaya. Kalau ada kesilapan, saling tegur menegur tanpa menyakiti hati pasangan," kata Irma yang nekad tidak mahu melepaskan fadilat Ramadan pada tahun ini. -utusan
.
7 Penyokong CHELSEA:
irma rilek je org lain yg lebih2 hehe
assalamualaikum Lulu...seronok tengok mereka bahagia...:)
setuju sgt.. semua org ada sejarah yg lepas.. nak buat diungkit2 kan..
hanya doakan yang terbaik untuk mereka.. singgah sini.. nice to meet u..
salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...
cik lulu :)
sweet sgt gmbr tu:)
Post a Comment