Thursday, July 5, 2012

Galaxy Tab masih dilarang dijual



Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) semalam, mengekalkan perintah injunksi larangan terhadap penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1 di negara tersebut. Berita itu dilihat sebagai satu tamparan kepada Samsung yang merupakan pesaing kepada pencabar utamanya, Apple yang terkenal menerusi iPad dan iPhone. Ia satu lagi kekecewaan undang-undang kepada firma dari Korea Selatan itu dalam tempoh seminggu sebelum mereka berhadapan satu lagi perbicaraan mengenai paten pada penghujung bulan ini dengan Apple. Pada masa sama, hakim itu juga menetapkan satu lagi pra perbicaraan bagi melarang penjualan telefon Samsung, Galaxy Nexus Jumaat ini.

Apple dan Samsung sering melancarkan 'perang' undang-undang antara satu sama lain di 10 negara sambil menyalahkan sesama mereka mengenai pelanggaran paten dalam usaha menjadi kuasa dalam pasaran gajet yang sedang berkembang pesat. Hakim Mahkamah Daerah San Jose, California Lucy Koh menolak permohonan Samsung bagi menarik balik arahan yang dikeluarkannya pada 26 Jun bagi menghentikan penjualan tablet yang menggunakan sistem Google Android. ''Samsung agak kecewa dengan keputusan mahkamah kerana menolak untuk mengekalkan permohonan mereka.


''Kita percaya keputusan hari ini akan membataskan peluang pengguna di Amerika menggunakan gajet kita yang mempunyai ciri-ciri canggih,'' kata Samsung dalam satu kenyataan. - AGENSI Mahkamah Daerah bukanlah peluang terakhir bagi Samsung untuk menarik balik keputusan itu. Mereka masih boleh mengemukakan rayuan berhubung perkara tersebut ke Mahkamah Rayuan Persekutuan di Washington yang mempunyai bidang kuasa eksklusif ke atas pertikaian harta intelek. Sementara itu, jurucakap Apple mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa produk baru keluaran Samsung itu hampir sama dengan iPhone dan iPad. - AGENSI





.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 5, 2012 at 1:02 PM said...

adoi..ble plak persaingan macam ni...x sihat langsung...

maszull on July 5, 2012 at 3:07 PM said...

assalamualaikum Lulu...mcm2 kes ...:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!