Sunday, July 22, 2012

Kenapa kereta tu bertindih??


Suasana normal tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam, seolah-olah bertukar menjadi pertandingan trak gergasi selepas seorang remaja perempuan memandu dan 'mendaratkan' kereta neneknya di atas sebuah kereta lain. Kejadian itu berlaku di ruang letak kereta Lakes Mall di Muskegon apabila remaja berusia 13 tahun yang sedang menunggu neneknya membeli-belah di kedai Bed, Bath and Beyond, bertindak memandu kereta tersebut ke arah sebatang pokok sebelum melanggar tiang elektrik. Dia kemudian melanggar dua kereta lain sebelum kenderaan tersebut menindih sebuah kereta lain.


Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut, namun remaja itu dibawa ke hospital selepas mengalami serangan panik disebabkan insiden berkenaan. Pemilik kereta yang ditindih, Rosemary Weigel berkata, dia tidak percaya dengan kejadian itu kerana sukar untuk melihat sebuah kereta berada di atas kereta lain. "Bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku?," tanya beliau. Walaupun mengalami kerosakan teruk, kereta Weigel masih boleh bergerak dan dia terpaksa masuk mengikut tingkap sebelah penumpang yang tidak rosak. - AGENSI






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!