Sunday, July 29, 2012

Kenapa twitter bermasalah??


Satu kerosakan berganda pada pusat data laman mikroblog Twitter semalam, menyebabkan ia tidak boleh beroperasi selama kira-kira sejam, kejadian kedua dalam tempoh lima minggu yang memberi tamparan kepada reputasi laman sosial berkenaan. Ia juga mengakibatkan berjuta-juta penggunanya tidak menerima maklumat terkini daripada rakan-rakan, selebriti dan laporan berita sehari sebelum Sukan Olimpik London bermula. Naib Presiden Kejuruteraan Twitter, Mazen Rawashdeh meminta maaf di atas kerosakan tersebut. "Kebanyakan anda menjangka boleh menggunakan Twitter, tetapi antara pukul 8.20 pagi dan 9 pagi waktu tempatan (pukul 1.20 pagi dan 2 pagi waktu Malaysia), pengguna di seluruh dunia tidak mendapat menggunakannya.


"Bagaimanapun, pada kira-kira pukul 10.25 pagi (pukul 3.25 pagi waktu Malaysia) Twitter beroperasi semula,'' katanya dalam laman blog syarikat itu selepas perkhidmatan laman mikroblog itu boleh digunakan semula. Rawashdeh berkata, pusat data Twitter direka supaya dua sistem sejajar di mana jika satu sistem gagal, satu lagi sistem akan mengambil alih. "Apa yang berlaku secara tidak sengaja, kedua-dua sistem tersebut gagal berfungsi. "Ia berlaku kerana kegagalan sistem infrastruktur,'' jelasnya. Beliau berkata, pihaknya kini melakukan pelbagai cara untuk mengelak kejadian tersebut daripada berulang. - AFP






.

1 Penyokong CHELSEA:

Solehah Shamsuddin on July 29, 2012 at 8:31 PM said...

ohh patutla xleh on twitter.tq lulu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!