Thursday, July 12, 2012

Mungkin biasa di China, dan sekarang Malaysia juga apa kurangnya?



Kejadian seperti ini pernah berlaku di China, namun kali ini ia berlaku di negara ini. Akibat sikap tidak prihatin masyarakat setempat, seorang wanita warga emas yang menjadi mangsa ragut terbaring menahan kesakitan selama lapan minit tanpa dibantu sesiapa meskipun ketika itu terdapat beberapa orang lalu-lalang berhampirannya. Kejadian itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan perumahan tersebut. Rakaman berkenaan menunjukkan mangsa, Tan Kim Chuan, 60, terbaring tanpa dihiraukan penduduk yang lalu-lalang di kawasan terbabit selepas beberapa minit kejadian ragut itu berlaku.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, pembantu kedai kopi terbabit baru keluar dari rumahnya di Flat Padang Tembak, Air Itam untuk ke tempat kerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.





.

3 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 12, 2012 at 3:34 PM said...

nampak gayanya, kat Malaysia pun dah hilang sifat perikemanusiaan

Lizan on July 12, 2012 at 4:07 PM said...

hai, mengapa la dibiarkan mangsa tu kesakitan sorang2..takkan takde yg perasan

Unknown on July 12, 2012 at 4:45 PM said...

kena ragut dah kan..haish ...sadis

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!