Sunday, July 8, 2012

Sedihnya bila cucu sendiri menjadi saksi



Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang seronok menunggu kepulangan datuknya terpaksa menjadi saksi warga tua itu terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan nyawanya di Kilometer 33, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pulau Kerengga di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 10.45, pagi itu, Farah Syazira Mohd. Norham Shamsuddin sedang dipangku oleh neneknya, Normah Abdul Razak, 49, ketika menunggu kepulangan Mohd. Hamzah Ismail (gambar kecil), 51, daripada mengambil bekalan buah tembikai untuk dijual di gerainya di situ.

Namun sebaik sahaja Farah Syazira ternampak lori yang dipandu datuknya itu yang lebih mesra dipanggil 'ayah', kenderaan itu terus dirempuh sebuah lori lain dari belakang. Akibatnya, lori itu terbabas dan melanggar sebatang pokok rhu di hadapan isteri dan cucunya. "Cucu saya (Farah Syazira) beritahu, datuknya dah nak sampai bila nampak lori suami saya memberi isyarat untuk masuk ke tepi jalan. "Tiba-tiba kami yang duduk di sebuah pangkin tidak jauh dari situ nampak sebuah lori lain dalam keadaan laju telah melanggar belakang lori suami saya," kata Normah ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


Katanya, muka Farah Syazira menjadi kebiru-biruan manakala anak perempuannya yang berusia 24 tahun pula hampir pengsan melihat Mohd. Hamzah yang berlumuran darah tersepit di tempat duduk pemandu.-kosmo





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!