Seorang wanita Amerika telah menyelamatkan nyawa ayahnya dengan mengangkat kereta BMW yang menindih ayahnya. Lauren Kornacki, 22, berasal dari Virginia menemukan ayahnya tersepit di bawah kereta di garaj rumahnya.
Ayahnya bernama Alec, 52, sedang berada di bawah kereta untuk memperbaikinya dan menurut laporan media tempatan, jek yang digunakan untuk mengangkat kereta tersebut terjatuh. Ketika itu, Lauren yang merupakan seorang pemain basketball pun bertindak sebagai lifeguard.
“Saya mengangkat kereta itu sekuat mungkin dan lalu saya menarik ayah saya.” katanya di NBC 12.
Lauren berkata, dia sangat sukar untuk mengangkat kereta yang menindih ayahnya kerana tayar kereta itu tidak dipasang ketika itu, jadi Lauren sukar mengangkat kereta dalam keadaan tidak seimbang seperti itu.
Alec, yang memiliki berat badan sekitar 95 kg, dilaporkan dalam keadaan tidak bernafas, denyutan jantungnya berhenti selama kurang dari lima minit.
Lauren hanya melakukan dua kali bantuan pernafasan sebelum akhirnya Alec kembali bernafas dengan stabil.
Dua hari setelah insiden itu terjadi, Alec masih dalam rawatan kerana beberapa tulang rusuknya patah, dan yang lainnya retak, demikian menurut laporan CNN.
“Saya hanya beruntung dan bangga memiliki seorang anak yang dapat melakukan pertolongan disaat saya memerlukan.” Kata Alec melalui media tempatan.
.
1 Penyokong CHELSEA:
Rindunya aku pada ayah
Post a Comment