Thursday, August 16, 2012

Keluarga ini tinggal di tandas selama 6 tahun


Selama hampir enam tahun seorang lelaki yang berasal dari China, Zeng Lingjun dan keluarganya tinggal di sebuah tandas di kota Shenyang, Provinsi Liaoning. Kisah Zeng bermula di tahun 1999 ketika dirinya masih berumur 20 tahun yang masuk dalam sekolah penerbangan di provinsi Heilongjiang. Namun keluarganya tidak boleh membayar sebesar 5000 yuan sebagai biaya masuk sekolah untuk awal tahun semester baru. Hal tersebut membuatkan dirinya memutuskan pergi ke Shenyang dengan bermodalkan 50 yuan untuk mencari pekerjaan. Pada tahun 2006 akhirnya dia berkahwin dan mencari rumah bagi keluarga kecilnya.

Kerana sukar mencari tempat tinggal di kota metropolitan dengan harga yang tinggi, seorang temannya menyarankan bahawa sebuah hotel memiliki tandas lelaki yang sudah tidak pernah digunakan dan mungkin pemilik hotel itu akan mengizinkan Zeng untuk tinggal disana dengan membayar sewa. Setelah bersetuju dengan sewa yang dikenakan oleh pemilik hotel, keluarga kecil Zeng pindah ke rumah barunya yang berupa sebuah tandas dengan luas 20 meter persegi.

Di rumah tersebut selain bersama isterinya, Zeng kini telah memiliki seorang anak lelaki yang bernama Zeng Dei, yang mempunyai erti “beruntung” dan diharapkan dia boleh memberikan keuntungan kepada keluarganya.






.

2 Penyokong CHELSEA:

Uji Hussein on August 17, 2012 at 12:17 AM said...

Rasanya, kat Malaysia ada tak yang samai tinggal di tandas?

Unknown on August 17, 2012 at 2:46 AM said...

tak semua orang bertuah hidup serba mewah.. ramai yang hidup susah sebegini.. namun tak pernah sekali pun mengeluh... kita perlu bersyukur sentiasa dengan apa pun yang kita ada sekarang ni.. ramai lagi yang lebih susah daripada kt

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!