Tuesday, August 14, 2012

Ketahuilah..Cara suami, isteri tunjuk cinta berbeza


Satu kajian Universiti Texas mendapati suami dan isteri sama romantik, namun mereka melahirkan perasaan dengan cara berbeza. Penyelidik di universiti itu menemuramah 168 pasangan berkaitan empat perkara dalam perkahwinan mereka, lapor akhbar The Daily Telegraph Britain kelmarin. Suami dan isteri disoal secara berasingan mengenai bagaimana rapat dan dekatnya mereka terhadap pasangan selain beberapa soalan berhubung tabiat setiap seorang sejak 24 jam lalu.

Penyelidik mendapati isteri “kelihatan mempamerkan perasaan cinta dengan cenderung menjaga suasana emosi perkahwinan mereka” sementara cinta suami “jelas mencetuskan satu persekitaran yang menarik pasangan bersama-sama dalam aktiviti.” “Bertentangan dengan tanggapan bahawa wanita lebih cenderung berbanding lelaki menunjukkan kasih sayang menerusi perasaan, suami bertindak sama seperti isteri melahirkan kecintaan mereka dengan melakukannya menerusi tingkah laku hangat dan intim,” tulis penyelidik dalam Buletin Personaliti dan Psikologi Sosial. - Agensi







.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!