Wednesday, August 15, 2012

Lelaki ini disangka mati kerana tidur terapung diatas air


Seorang lelaki yang mengapung di sebuah sungai di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) menarik perhatian warga tempatan kerana disangka sudah mati. Ketika diperiksa, lelaki itu hanya tertidur. Polis dan petugas koroner tiba di lokasi, ketika warga di sekitar Sungai Susquehanna melihat susuk tubuh yang mengapung. Warga melihat lelaki itu mengapung dengan wajahnya menghadap ke atas. Tetapi jaket keselamatan yang dikenakannya membuat lelaki itu tidak tenggelam. Seperti dipetik dari Emirates, wilayah sungai tersebut memang kerap ditemukan jasad yang mengembang akibat tenggelam.


Tetapi setelah beberapa lama kemudian, lelaki itu pun bangun. Kumpulan penyalamat berkata, lelaki itu tidak tahu apa yang terjadi sehingga seekor pepatung mendarat di hidungnya. Lelaki bernama Joseph DeAngelo itu pun terduduk. Dia kemudian meminta maaf atas kejadian itu, tetapi mengakui bahawa dirinya menjalani hidup sesuai dengan yang dianggapnya terbaik.







.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!