Monday, August 13, 2012

Lihat kadar denyutan nadi menggunakan produk apple


Senaman aerobik adalah cara terbaik untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik atau mengekalkan bentuk badan yang langsing. Senaman aerobik juga meningkatkan kadar degupan jantung, tetapi apa yang penting adalah memastikan denyutan nadi kekal pada tahap yang betul dan anda tidak melakukannya secara berlebihan. Sehubungan itu, satu aplikasi telah dicipta oleh graduan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) untuk membantu melihat kadar denyutan nadi dengan hanya menggunakan iPhone atau iPod.

Berbanding daripada menggunakan pita pengimbas yang besar, aplikasi Cardiio yang boleh dimuat turut oleh iPhone, menggunakan kamera bagi mengimbas muka seseorang itu dan menentukan kadar denyutan nadinya. Kaedah ini terbukti kerana ketika kadar denyutan jantung meningkat, lebih banyak darah akan dipam ke muka dan menyebabkan pantulan cahaya di bahagian muka menurun. Aplikasi Cardiio turut mampu mengesan pelbagai pantulan dan menggunakannya untuk menentukan tahap denyutan nadi dalam tempoh tiga degupan setiap minit, menurut penciptanya, pasangan suami isteri Ming-Zer dan Yukkee Poh.


Aplikasi ini dijual pada harga AS$4.99 (RM15.55) dan ulasan pengguna di iTunes Store mengenainya setakat ini kebanyakannya positif dengan ramai yang memuji ketepatannya serta mudah digunakan. - AGENSI






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!